BETUL KE MELAYU-MELAYU DALAM PH TAK MEMPERJUANGKAN MELAYU? | Malaysia News
September 19, 2024

BETUL KE MELAYU-MELAYU DALAM PH TAK MEMPERJUANGKAN MELAYU?

BETUL KE MELAYU-MELAYU DALAM PH TAK MEMPERJUANGKAN MELAYU?

Bila PH kalah di Semenyih dan diikuti dengan Rantau, punca kekalahan yang digembar-gemburkan adalah kerana PH tidak Melayu, tidak mengutamakan agenda Melayu dan ada juga yang mendakwa PH menyisihkan Islam.

Betul ke dakwaan dan tuduhan itu? Yang pasti, mantra itulah yang digunakan oleh Umno dan Pas dalam kedua-dua PRK itu. Dan natijahnya PH kalah di Semenyih dan tersungkur di Rantau.

Betul atau salah, mantra itu terbukti berkesan. PH dilihat tidak berupaya menangkisnya. Dan mantra PH tidak pentingkan Melayu, PH menyisihkan agama Islam terus digunakan di masjd dan surau di luar pilihnraya.

Analisa dari penganalisis politik Dr. Hoo Ke Ping yang mengatakan PH tak ada roh Melayu makin menguatkan lagi pandangan sinis dan salah faham rakyat Melayu terhadap kerajaan dan parti-parti PH.

Dr. Hoo menambah tindakan Kerajaan PH membongkar kepincangan institusi Melayu seperti Felda, Mara dan Tabung Haji dilihat sebagai memalukan dan membuka aib Melayu yang meningkatkan kemarahan rakyat Melayu terhadap PH.

Tapi apakah punca dan asas dakwaan Umno dan Pas sehingga mereka sanggup menggunakan ras dan agama sebagai bahan kempen dan mantra yang mempengaruhi pemikiran orang Melayu?

Bukan sahaja orang-orang kampung yang di pendalaman mempercayainya, malah Melayu-Melayu bandar yang terdedah kepada internet turut menghadamnya dan yang paling menyedihkan ada professor-professor turut mengapi-apikan seperti yang dinyatakan oleh Saudara Tajuddin Rasdi.

TunM adalah pengerusi PH dan Perdana Menteri Malaysia. Beliau terkenal sebagai Ultra Melayu. Semua Cina, India, Iban dan Kadazan mengakuinya dan berhati-hati terhadap beliau.

Dulu dan sekarang beliau tetap membangkitkan agenda Melayu. Beliau tetap bercakap tentang Melayu dan betapa Melayu perlu dibantu kerana pencapaian Melayu masih jauh biarpun telah 11 penggal Rancangan Malaysia dilaksanakan.

Jadi di mana tidak Melayunya Tun M? Apakah kerana beliau dah tua? Apakah kerana Tun M sekarang berkawan dengan Cina bernama Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?

Dulu pun Tun M berkawan baik dengan Ling Liongsik, Lim Kengyek, Vincent Tan, Lim Kimyew, Ananda Krishnan dan ramai lagi Cina dan India yang turut membolot kek ekonomi zaman Tun M dalam Umno.

Tan Sri Muhyidin juga adalah Presiden Bersatu. Beliau juga Menteri Kanan dalam kabinet Tun M. Tidak cukup melayu kah TSMY? Beliaulah yang berani mengatakan ‘Malay First, Malaysia Second’? Bermakna beliau sangat komited dengan Melayu dan perjuangan Melayu.

Dan semakin ramai orang Melayu Umno menyertai Bersatu. Kalau dibuka seluas-luasnya, pasti bertambah ramai ahli Umno yang menyertai Bersatu, tak kiralah yang baik ke atau yang kurang baik, yang bersih ke atau yang kurang bersih. Apakah ketika itu aru orang Melayu melihat Bersatu benar-benar parti Melayu?

Kalau dulu BN hanya ada satu parti Melayu iaitu Umno. Tapi kini PH mempunyai dua parti yang didominasi orang Melayu; Bersatu dan Amanah. Mungkin PKR belum cukup Melayu kerana ada Cina, India dan Dayak di dalamnya biarpun lebih separuh ahlinya adalah Melayu. Begitu juga Warisan.

Amanah bukan saja dianggotai orang Melayu, Amanah juga memperjuangkan Islam. Bukan Islam ekstrim! Bukan juga Islam yang bercampur aduk dengan asabiyah Melayu yang ekstrim.

Islam yang diketengahkan Amanah ialah Islam yang moderat yang membawa rahmat untuk sekelian alam, manusia dan bukan manusia, orang Islam dan bukan Islam. Bahasa arabnya wasatiyyah lah. Tidak Islam kah Amanah?

Tidak cukupkah Melayunya menteri-menteri dan timbalan menteri melayu dari Bersatu, Amanah, PKR dan Warisan? Apakah program dan plan tindakan yang dijalankan di kementerian-kementerian membelakang dan mengenepikan Melayu?

Jadi dimana neraca tidak Melayu nya Tun M, TSMY, menteri dan timbalan menteri Melayu dalam PH? Atau itu hanya persepsi politik yang dicipta dan dibakar oleh Umno dan Pas? Hanya dengan mainan ras dan agama sahajalah Umno dan Pas mungkin boleh menang undi rakyat Melayu.

Biarpun begitu, persepsi tidak boleh dibiarkan membusuk merosakkan pemikiran rakyat. Para menteri, timbalan menteri, MP, ADUN dan ahli Bersatu, Amanah dan PKR mesti bertindak segera.

Kerajaan dan parti-parti PH harus saling membantu membawa naratif dan pelan tindakan Melayu yang berkesan disamping untuk kaum yang lain. Tiada yang harus disalahkan selain Bersatu dan Amanah dan orang Melayu dalam PH jika 4 tahun mendatang persepsi itu tetap sama dan bersedialah menjadi kerajaan sepenggal.

Jangan salahkan DAP jika agenda Melayu tidak dimartabatkan. DAP itu rakan kongsi. Jika Umno dapat ‘menjinakkanl’ MCA, Gerakan dan parti Cina Sabah Sarawak dalam BN, kenapa Bersatu dan Amanah tidak boleh berbincang supaya tiada naratif yang bercanggah yang mengurangkan keyakinan rakyat Melayu?

Kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan menggugat keyakinan orang Melayu mesti diberhentikan segera. Kenyataan dari Yb Kula, Yb Nga, Yb Ngeh dan baru-baru ini Pemuda DAP Leong Yu Sheng tentang matrikulasi tidak harus berulang. Ini menambahkan keyakinan orang Melayu yang PH ini seolah-olah menjadi ‘boneka DAP’.

Kalau difikir-fikir tak lah Najib pentingkan Melayu sangat! Lihat sahaja 1MDB! Yang banyak mengaut laba dari skandal ini ialah orang bukan Melayu seperti Cina yang bernama JhoLow, Arab-Arab dogol dan ahli bank Mat Saleh!

 

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply