BWF Rasmi Melantik Jepun Dan Thailand Menjadi Tuan Rumah Kejohanan Badminton Dunia | Malaysia Top News
December 5, 2020

BWF Rasmi Melantik Jepun dan Thailand Menjadi Tuan Rumah Kejohanan Badminton Dunia

Kuala Lumpur, MTN – Jepun dan Thailand akan menjadi tuan rumah kepada dua edisi Kejohanan Badminton Para Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

BWF dalam satu kenyataan berkata kedua-dua negara masing-masing diberikan tanggungjawab menjadi tuan rumah kepada pertandingan berprestij itu selepas undian yang dijalankan oleh Majlis BWF pada Isnin.

“BWF beruntung kerana mendapat empat bidaan berkualiti tinggi untuk kedua-dua edisi kejohanan. Persekutuan Badminton Para Jepun mengatasi Badminton Peru untuk edisi 2021 sementara Persatuan Badminton Thailand mendapat lampu hijau berbanding Badminton Kanada bagi 2023.

Majlis BWF bertekad Jepun dan Thailand akan memberikan yang terbaik, rangka kerja paling mapan untuk memberikan standard tertinggi mungkin bagi kejohanan dan akhirnya pengalaman terbaik buat atlet,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi Badminton Kanada dan Badminton Peru akan terus menjadi destinasi tuan rumah utama untuk pertandingan para antarabangsa yang diluluskan BWF.

 

[km]

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •