Caprice Resmi Bergelar Suami Farra Inalis
Caprice Resmi Bergelar Suami Farra Inalis
Kuala Lumpur, MTN – Penyanyi rap Caprice tiba-tiba mengumumkan khabar dirinya sudah selamat bergelar suami kepada Farra Inalis. Berita gembira pernikahannya itu diumumkan melalui Instagramnya.
Katanya, dia juga terpaksa mengaktifkan akaun media sosial miliknya selepas dihujani pertanyaan mengenai status dirinya.
“Halal. Maaf saya menghilang lebih 40 hari. Banyak yang dilalui, Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan kongsikan apa yang berlaku.
“Tolong ikuti Instagram baharu saya kerana saya akan berkongsi semuanya di akaun baharu, disebabkan saya tidak dibenarkan menggunakan nama ‘Caprice’ dan akaun Instagram ini untuk sementara waktu.
“Saya terpaksa aktifkan semula akaun ini selepas ramai pihak cuba menghubungi saya.
“Maaf atas segala kesulitan. Saya akan kongsi semua cerita tidak lama lagi dan kembali lebih baik,” katanya.
View this post on Instagram
Melalui carian di akaun Instagram, wanita pilihan Caprice itu adalah ibu tunggal anak satu berumur 26 tahun.
[MK]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor