CGS-CIMB Anggaran Minyak Sawit Malaysia Dapat Permintaan Kukuh China, India Tahun Depan | Malaysia News

CGS-CIMB Anggaran Minyak Sawit Malaysia dapat Permintaan Kukuh China, India Tahun Depan

CGS-CIMB Anggaran Minyak Sawit Malaysia dapat Permintaan Kukuh China, India Tahun Depan

CGS-CIMB Anggaran Minyak Sawit Malaysia dapat Permintaan Kukuh China, India Tahun Depan

Kuala Lumpur, MTN – CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menjangka minyak sawit akan menyaksikan permintaan yang kukuh dari China dan India pada tahun depan apabila pandemik COVID-19 dapat dibendung.

Ketua penyelidikan bagi Malaysia dan ketua perniagaan tani serantaunyaMiny, Ivy Ng berkata India akan mengimport lebih banyak minyak sawit dari Malaysia mulai 2021 terutamanya berikutan pembukaan industri hotel, restoran dan kafe berbanding April dan Mei 2020 (ketika industri itu ditutup sementara akibat pandemik itu).

India menerima impak buruk daripada perintah berkurung itu walaupun pada masa ini, ia mula kembali seperti biasa.

Untuk rekod, eksport minyak sawit Malaysia ke India bagi sembilan bulan pertama tahun ini merosot kepada 1.55 juta tan daripada 3.90 juta tan yang direkodkan untuk tempoh sama pada 2019.

Eksport ke China pula menokok kepada 2.09 juta tan pada Januari hingga September 2020 daripada 1.61 juta tan untuk tempoh yang sama tahun lepas. Ng menjangka permintaan dari China akan terus meningkat.

Mengenai paras stok semasa yang masih tidak menjejaki paras purata dalam sejarah, beliau berkata import itu akan membolehkan China (dan India) untuk meningkatkan inventori minyak sawitnya.

Inventori minyak sawit negara agak kecil iaitu pada 1.72 juta tan pada akhir September berbanding purata 2.1 juta setakat akhir September bagi tempoh 10 tahun lepas, katanya pada sesi soal jawab Persidangan dan Pameran Unjuran Harga Minyak Sawit dan Laurik (POC) 2020 yang dianjurkan secara maya.

“Kami mengunjurkan stok minyak sawit akan terus rendah pada Oktober. Pengeluar Malaysia terjejas akibat kekurangan tenaga buruh berikutan pembekuan permit pekerja asing dan sekatan pergerakan akibat COVID-19 yang diadakan sekali sekala.

“Selain itu, fenomena La Nina akan menyebabkan gangguan jangka pendek kepada bekalan minyak sawit mentah (MSM).

“Secara keseluruhan, kami mengunjurkan bekalan minyak sawit global akan lebih rendah sebanyak satu juta tan pada 2020 sebelum mencatat pemulihan sebanyak 2.7 juta tan pada 2021,” katanya sambil menambah harga MSM dijangka kekal dalam jajaran kecil pada RM2,500 sehingga RM3,000 satu tan pada Oktober, dengan purata RM2,500 satu tan pada 2020.

Untuk 2021, CGS-CIMB mengunjurkan harga komoditi itu akan menjadi lebih positif pada separuh pertama berbanding separuh kedua.

 

[bernama]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply