Covid-19 Di Arab Saudi Meningkat Kepada 29 Orang | Malaysia Top News
June 2, 2020

Covid-19 di Arab Saudi Meningkat Kepada 29 Orang

Kuala Lumpur, MTN – Seramai 29 orang di Arab Saudi  meninggal dunia akibat COVID-19, dengan 2,179 kes direkodkan setakat ini, kata pegawai kesihatan pada Sabtu.

Empat lagi kematian baharu dicatatkan di negara ini, lapor agensi berita Anadolu.

Sementara itu sebanyak 140 kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,179.

Berikutan itu, Arab Saudi mengenakan perintah berkurung di tujuh daerah di wilayah Jeddah, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Aktiviti keluar dan masuk ke daerah di wilayah Jeddah itu juga dilarang. [bernama]

Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •