David Lee Kuan Yong: Kepanikan Akibat Pandemik Covid-19, Emas Bursa Melonjak | Malaysia News
February 15, 2025

David Lee Kuan Yong: Kepanikan Akibat Pandemik Covid-19, Emas Bursa Melonjak

David Lee Kuan Yong: Kepanikan Akibat Pandemik Covid-19, Emas Bursa Melonjak

David Lee Kuan Yong: Kepanikan Akibat Pandemik Covid-19, Emas Bursa Melonjak

Kuala Lumpur, MTN – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka menyaksikan trend yang lebih tinggi berikutan peningkatan permintaan untuk logam berharga itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, David Lee Kuan Yong berkata emas bursa mungkin melonjak dengan rintangan terbalik pada RM220 dan RM225.

“Berdasarkan aliran yang ditunjukkan pada emas COMEX, permintaan untuk emas global telah bertambah selepas pasaran menjadi lebih tenang.

“Kepanikan akibat pandemik Covid-19 di seluruh dunia telah menyebabkan pelabur beralih kepada aset berasaskan mata wang,” katanya.

Dari Jumaat ke Jumaat, untuk minggu yang baru berakhir, Mac 2020 dan April 2020, masing-masing susut 156 mata kepada RM211.00 segram, manakala Mei 2020 dan Jun 2020 berkurangan 130 mata, setiap satu kepada RM212.10 segram dan RM212.20 segram.

Jumlah dagangan mingguan adalah sebanyak 11 lot bernilai RM231,340 berbanding 12 lot bernilai RM265,130 yang direkodkan dalam minggu sebelumnya, manakala faedah terbuka merosot kepada 126 kontrak daripada 135 kontrak. [Bernama]

Facebook Comments

Author Profile

Chen Fang Guang

About The Author

Leave a Reply