Duka Dunia Hiburan: Komposer A Ali Meninggal Dunia | Malaysia News
February 18, 2025

Duka Dunia Hiburan: Komposer A Ali Meninggal Dunia

Duka Dunia Hiburan: Komposer A Ali Meninggal Dunia

Duka Dunia Hiburan: Komposer A Ali Meninggal Dunia

MTN – Penyanyi, pemuzik, pencipta lagu dan penerbit A Ali dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu (21/11).

Arwah yang sebelum ini dikenali ramai bersama kumpulan Kembara menghembus nafas terakhir semasa tidur di Bandar Teknologi Kajang di Semenyih, Selangor.

A Ali – atau nama sebenarnya Hamdan Atan – turut pernah menubuhkan kumpulan Pelangi. Duo itu menghasilkan sebuah album dengan salah satu lagu yang popular ialah Biarku Menjadi Lilin.

Selain menyanyi dan bermain muzim A Ali turut memiliki kemahiran menggubah lagu dengan kebanyakan ciptaannya digemari ramai. Antaranya ialah Resahku dan Rayuanku dendangan Rohana Jalil serta Menaruh Harapan (Zaiton Sameon).

Menurut laporan, khabar sedih itu dimaklumkan oleh salah seorang anak arwah. Setakat berita ini ditulis jenazah A Ali masih berada di Hospital Kajang dan dalam proses untuk dibawa pulang sebelum dikebumikan.

Semalam media melaporkan komposer irama dangdut popular era 1990-an Ruslan Mamat meninggal dunia dalam tidurnya semasa mendapatkan rawatan di Hospital Serdang akibat masalah jantung

Ruslan dimasukkan ke hospital berkenaan pada 5 Nov.

Bersama Kembara ada banyak lagu yang disampaikan dengan menggunakan suara A Ali, termasuk Di Perhentian Puduraya dan Ada Sepasang Mata.

[mk]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply