Peluang Ho Ying Perbaiki Prestasi Karena Pembatalan Kejoharan Ping Pong
Peluang Ho Ying Perbaiki Prestasi Karena Pembatalan Kejoharan Ping Pong
Kuala Lumpur, MTN – Pembatalan beberapa kejohanan ping pong tempatan dan antarabangsa pada tahun ini akibat pandemik COVID-19, memberi peluang terbaik kepada pemain senior wanita negara, Ho Ying untuk memperbaiki prestasi semasa bagi memburu slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang ditunda pada tahun hadapan.
Pemain berusia 25 tahun itu mendedahkan yang beliau tetap menjalani latihan seperti biasa bagi memastikan dirinya dapat mengekalkan prestasi semasa walaupun tiada sebarang kejohanan diadakan pada tahun ini akibat pandemik berkenaan.
“Kebiasaannya kami menjalani latihan bersama rakan sepelatih dari China di sini, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), selain larangan kemasukan pelawat asing ketika ini menyebabkan pemain dari China tidak dapat masuk ke negara ini,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
“Walaupun tiada kejohanan dianjurkan pada tahun ini, ia tidak mematahkan semangat saya kerana saya akan berusaha merebut tiket untuk meraih slot kelayakan ke Sukan Olimpik pada tahun hadapan,” jelas Ho Ying.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan pemain muda negara untuk tidak cepat patah semangat disebabkan pembatalan beberapa kejohanan pada tahun ini. Sebaliknya mereka perlu sentiasa memberi yang terbaik pada sesi latihan bagi memperbaiki kelemahan masing-masing untuk menghadapi beberapa kejohanan pada tahun hadapan.
Kali terakhir Ho Ying beraksi pada kejohanan kompetitif adalah Sukan SEA 2019 di Filipina, namun beliau gagal menyumbang sebarang pingat.
Pencapaian terbaik Ho Ying adalah meraih pingat gangsa bersama Karen Lyne dalam acara beregu wanita pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.
[km]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor