Eksport Minyak Sawit Merosot 14.64 Peratus pada Nov 2019
Eksport Minyak Sawit Merosot 14.64 Peratus pada Nov 2019
Jumlah stok minyak sawit Malaysia pada November 2019 menurun 4.08 peratus kepada 2.26 juta tan metrik berbanding 2.35 juta tan metrik yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
Dalam kenyataan hari ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata stok minyak sawit mentah (MSM) merosot 12.75 peratus kepada 1.15 juta tan metrik pada November berbanding 1.32 juta tan metrik pada Oktober, manakala stok sawit diproses meningkat 7.07 peratus kepada 1.10 juta tan metrik berbanding 1.03 juta tan metrik sebelumnya.
Pengeluaran MSM merosot 14.35 peratus kepada 1.54 juta tan metrik pada November berbanding 1.79 juta tan metrik pada Oktober, manakala output isirung sawit turun 18.07 peratus kepada 362,640 tan metrik berbanding 442,604 tan metrik.
“Eskport minyak sawit merosot 14.64 peratus pada November kepada 1.40 juta tan metrik daripada 1.64 juta tan metrik pada Oktober, manakala eksport oleokimia menyusut 1.84 peratus kepada 286,254 tan metrik berbanding 291,607 tan metrik pada bulan lepas,” kata MPOB.
Eksport biodiesel pada semakan bulan semasa bagaimanapun melonjak 120.98 peratus kepada 44,153 tan metrik daripada 19,980 tan metrik pada bulan sebelumnya, manakala eksport hampas isirung meningkat 0.22 peratus kepada 221,772 tan metrik daripada 221,238 tan metrik.
Sementara itu, eksport minyak isirung sawit merosot 11.34 peratus pada November 2019 kepada 89,890 tan metrik daripada 101,382 tan metrik pada bulan sebelumnya, katanya.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020