Pertumbuhan ekonomi Asia diunjurkan turun
Pertumbuhan ekonomi Asia diunjurkan turun
Bank Pembangunan Asia (ADB) menurunkan ramalan pertumbuhannya ekonomi Asia pada tahun ini dan tahun depan disebabkan prospek yang lemah di China dan India, sekali gus menunjukkan aktiviti ekonomi yang lebih rendah di rantau ini.
Ia menurunkan unjurkan kepada 5.2% pada tahun ini dan tahun depan berbanding 5.4% dan 5.5% sebelum ini.
ADB yang berpangkalan di Manila berkata, ia turut menurunkan unjuran bagi China pada tahun ini dan tahun depan kepada 6.1% dan 5.8% daripada 6.2% dan 6.0% yang dibuat pada September lalu disebabkan ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.
“Walaupun kadar pertumbuhan masih kukuh di Asia, ketegangan perdagangan yang berterusan telah menjadi risiko terbesar terhadap prospek ekonomi jangka panjang,” kata Ketua Ekonomi ADB, Yasuyuki Sawada.
Pertumbuhan ekonomi suku ketiga China lebih perlahan daripada yang dijangkakan kepada 6% tahun ke tahun, kadar yang paling lemah hampir tiga dekad dan di bawah unjuran penuh kerajaan antara 6 hingga 6.5%.
ADB juga menurun ramalannya untuk India, ekonomi Asia Selatan yang terbesar untuk tahun fiskal 2019 dan 2020 kepada 5.1% dan 6.5% dari anggaran September sebanyak 6.5% dan 7.2%, disebabkan kelemahan kecairan bagi syarikat-syarikat kewangan bukan perbankannya dan pertumbuhan sektor pekerjaan yang perlahan.
Pertumbuhan Asia Tenggara tahun ini dijangka sedikit rendah daripada yang dijangkakan sebelum ini kerana ekonomi bergantung kepada perdagangan, seperti Singapura dan Thailand yang terjejas dengan ketara disebabkan perang perdagangan dan kelembapan ekonomi global yang lebih luas.
Negara-negara membangun Asia juga menghadapi peningkatan kos makanan, dengan 2019 dan 2020 inflasi berada pada 2.8% pada tahun 2019 dan 3.1% pada 2020, meningkat daripada anggaran awal ADB sebanyak 2.7% untuk kedua-dua tahun.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020