Farm Fresh Lancarkan Tabung Didik Kasih Anak Yatim | Malaysia News
September 19, 2024

Farm Fresh Lancarkan Tabung Didik Kasih Anak Yatim

Farm fresh

Farm Fresh Lancarkan Tabung Didik Kasih Anak Yatim

SERDANG, MTN – Farm Fresh Berhad melancarkan Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh bertujuan membantu pendidikan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik COVID-19, Jumaat (12/11/2021).

Ketua pegawai operasinya Azmi Zainal berkata pihaknya mewujudkan tabung berkenaan bagi membantu anak-anak ini meneruskan pembelajaran mereka.

“Kempen kutipan sumbangan bagi tabung ini akan berlangsung secara berterusan dengan sasaran kutipan berjumlah RM3 juta,” katanya pada majlis pelancaran tabung itu. Kutipan itu akan disalurkan ke Yayasan Didik Negara, sebuah organisasi di bawah Kementerian Pendidikan.

Majlis itu disempurnakan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin bersama-sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dan ketua pegawai eksekutif syarikat tenusu itu Loi Tuan Ee.

Minggu lepas, Farm Fresh Berhad turut menyumbangkan RM500,000 kepada Yayasan Didik Negara dalam usaha membantu meningkatkan akses dan kualiti pendidikan.

[BERNAMA]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply