Hoki Piala Dunia Remaja: Skuad Negara Makin Bersemangat
Hoki Piala Dunia Remaja: Skuad Negara Makin Bersemangat
Kuala Lumpur, MTN – Menjelang Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki Bhubaneswar, India, yang akan membuka tirai pada 24 November hingga 5 Disember 2021, Majlis Amanat Menteri Belia Dan Sukan bersama Skuad Piala Dunia Remaja Kebangsan 2021 dan Pelancaran Jersi Pasukan Kebangsaan dianjurkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi membakar semangat Skuad Piala Dunia Remaja Kebangsaan yang akan membawa cabaran Malaysia di kejohanan tersebut.
Hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Timbalan-Timbalan Presiden KHM, dan Ahli-Ahli Lembaga Eksekutif KHM serta wakil Puma selaku penaja rasmi jersi Kebangsaan, En. Steven Tan, Country Manager Puma dan En. Muru, Pengarah Urusan Active Sports.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, percaya dengan semangat dan kegairahan yang skuad negara miliki , Skuad Piala Dunia Remaja Kebangsaan mampu untuk membawa pulang kemegahan dan kejayaan daripada kejohanan tersebut.
“Saya tertanya-tanya mengapa hoki menjadi sukan kedua di Malaysia sedangkan Hoki bermain di pentas dunia dan hampir mencipta kejutan di pentas dunia. Mungkin kita boleh memikirkan cara bagaimana untuk mengembalikan kegemilangan sukan hoki dan menjadikannya sukan utama di Malaysia.
“Saya percaya Skuad Piala Dunia Remaja Kebangsaan boleh membawa dan menyemarakkan semangat untuk meletakkan sukan hoki di tempat yang sepatutnya dengan kejayaan daripada kejohanan tersebut.
“Pasukan Hoki Malaysia kini berada di tangga ke-10 dunia, jadi ini adalah masanya untuk terus semarakkan semangat dan memberikan sokongan penuh kepada pemain Piala Dunia Remaja negara untuk mereka terus maju ke hadapan.
“Saya berharap prestasi pasukan hoki akan terus meningkat naik di peringkat antarabangsa,” ujar Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker.
Dalam pada itu, Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal optimis Skuad Piala Dunia Remaja Kebangsaan mampu untuk menyerlah di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 walaupun Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama lawan yang bukan mudah iaitu Belgium, Afrika Selatan dan Chile.
“KHM meletakkan sasaran untuk pemain memberikan aksi terbaik mereka, kami mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan memastikan slot di pusingan seterusnya kerana lawan dalam kumpulan kami bukannya mudah (Belgium, Afrika Selatan dan Chile).
“Walaupun lawan kami bukan lawan yang mudah tetapi kami optimis pemain-pemain ini akan melakukan kejutan, menyerlah dalam kejohanan tersebut dan mencatatkan keputusan yang lebih membanggakan daripada sebelum ini, ” jelas Dato’ Sri Subahan.
Bercakap mengenai jersi Skuad Kebangsaan yang baru dilancarkan pada Jumaat (12/11/2021), Dato’ Sri Subahan Kamal menjelaskan jersi baru Skuad Kebangsaan masih lagi mengekalkan unsur “Malaysia” juga sentuhan “Harimau Malaya” dengan menampilkan warna kuning, putih dan oren.
“Bagi Kejohanan Piala Dunia Remaja 2021, pasukan akan menggunakan jersi warna kuning sebagai jersi utama, jersi kedua ialah putih dan jersi ketiga warna oren.
“Warna-warna ini juga melambangkan keagungan Malaysia. Selain itu lambang Puma juga menjadi lambang seekor binatang yang pantas dan cepat dan semoga ia akan menaikkan lagi semangat pemain untuk mencapai sasaran yang kami hasrat.
“Ini antara sebab mengapa kami menggunakan jersi Puma kerana kami percaya ia akan membakar semangat pemain dalam mencapai kejayaan di kejohanan ini,” ujar Dato’ Sri Subahan Kamal.
Skuad Piala Dunia Remaja Kebangsaan dijangkan akan berlepas pada minggu hadapan dan akan mengharungi beberapa perlawanan persahabatan pemanas badan sebelum berdepan misi sebenar iaitu Kejohanan Piala Dunia Remaja Lelaki, Bhubaneswar, India 2021.
[SA]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor