Kadar Kemajuan Projek ECRL Capai 25.09% | Malaysia News

Kadar Kemajuan Projek ECRL Capai 25.09%

ECRL

Kadar Kemajuan Projek ECRL Capai 25.09%

KUANTAN, MTN – Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijadualkan siap Disember 2026 sudah mencapai tahap kemajuan keseluruhan 25.09 peratus setakat Oktober, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata pihaknya optimis projek mega melibatkan rangkaian rel sepanjang 665 kilometer (km) itu akan siap sepenuhnya seperti disasarkan.

“Kontraktor telah tunjukkan prestasi yang baik, saya dimaklumkan sesetengah pakej ada yang awal daripada dijadualkan (siap), ada yang mengikut jadual,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Fotografi Discover ECRL Paya Besar 2021, Sabtu (13/11).

Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata pembinaan projek ECRL di Pahang telah mencatatkan kemajuan lebih 28 peratus setakat ini, dengan pembinaan struktur utama seperti terowong dan jambatan berjalan lancar.

Terdahulu beliau dalam ucapannya memaklumkan kerja-kerja pengorekan bagi Terowong Gambang sepanjang 608 meter telah mencapai tahap kemajuan 360 meter dan dijangka akan mencapai penembusan pada suku pertama tahun hadapan.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan cerucuk dan tiang bagi super major bridge sepanjang 3.88 km iaitu sebuah struktur utama di bawah fasa pembinaan di Paya Besar juga berjalan dengan baik.

“Setelah siap kelak, ia membolehkan ECRL melintasi kawasan berisiko banjir serta menyeberangi Sungai Kuantan dan Jalan Kuantan Sungai Lembing,” katanya menambah tujuh stesen ECRL akan dibina di Pahang iaitu Cherating, Kuantan Port City, KotaSAS, Paya Besar, Maran, Temerloh dan Bentong.

Sementara itu, beliau berkata projek yang merangkumi stesen penumpang dan kargo itu juga dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan kelestarian alam sekitar dengan menggunakan pelbagai teknik dan teknologi bagi meminimumkan penebangan hutan.

[MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply