Penyanyi Haqiem Pertahankan Trofi Penyanyi Lelaki Popular
Penyanyi Haqiem Pertahankan Trofi Penyanyi Lelaki Popular
Kuala Lumpur, MTN – Penyanyi Haqiem Rusli mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.
Dengan kemenangan itu, Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 23, mengetepikan empat calon lain iaitu Khai Bahar, Amir Masdi, Naqiu dan Azzam Sham.
Haqiem yang dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 33 berkata, kejayaan itu dicapai hasil kerja keras kelab peminat, Qiemilio.
“Walaupun ada segelintir peminat patah hati dan berhenti daripada mengikuti saya di Instagram (IG) selepas mengumumkan bakal berkahwin, namun, masih ramai lagi yang beri sokongan tidak berbelah bahagi.
“Ini bukanlah kemenangan mudah seperti yang ramai sangka. Walaupun saya pernah memenangi anugerah ini tahun lalu, kami ‘struggle’ mempertahankan gelaran itu.
“Ini kerana saingan terdekat saya, Khai Bahar tidak kurang hebatnya,” katanya.
Haqiem berkata, setiap kali merangkul trofi, dia lebih memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul.
“Setiap kali menangi trofi, saya anggap ia suatu tanggungjawab cukup besar kerana peminat meletakkan seluruh kepercayaan kepada kita.
“Sama seperti tahun lalu, bagi meraikan kejayaan dan jika keadaan mengizinkan, saya ingin menganjurkan ‘showcase’ secara fizikal atau virtual untuk peminat,” katanya.
Pada malam kemuncak ABPBH 33, Haqiem yang popular dengan lagu Mimpi merampas trofi daripada Khai yang mendominasi kategori Penyanyi Lelaki Popular bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.
Haqiem juga membawa pulang trofi kategori online, Lagu Paling Boom.
Pada edisi lalu, Haqiem memperoleh 22,332,676 undi yang melayakkan dirinya diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 33.
[BH]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor