Final Jelajah Dunia BWF: Beregu Wanita Melangkah Ke Separuh Akhir | Malaysia News

Final Jelajah Dunia BWF: Beregu Wanita Melangkah ke Separuh Akhir

Final Jelajah Dunia BWF: Beregu Wanita Melangkah ke Separuh Akhir

Final Jelajah Dunia BWF: Beregu Wanita Melangkah ke Separuh Akhir

MTN – Hanya dua wakil negara melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mempamerkan aksi menakjubkan apabila berjaya mengenepikan pasangan kelapan dunia dari Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu 21-13, 21-17 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B, Jumaat (29/1).

Mengikut jejak Mei Kuan-Meng Yean, beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai yang berjaya menyingkirkan pasangan Indonesia Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja 17-21, 21-13, 21-13 dalam perlawanan berlangsung selama 57 minit.

Kedua-dua gandingan negara layak ke peringkat separuh akhir selepas masing-masing menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua dengan dua kemenangan dan satu tewas.

“Hari ini, kami bermain dengan baik dan memberi tekanan kepada lawan. Kami tidak melakukan kesilapan mudah dan mengutip mata demi mata untuk menewaskan mereka. Ia satu perlawanan yang panjang dan kami hanya fokus kepada bulu tangkis.

“Kami tidak memikirkan menang atau kalah, kami cuma mahu memberi tekanan kepada lawan dengan bertukar-tukar strategi menyerang dan bertahan,” kata Mei Kuan.

Sementara itu, cabaran beregu lelaki negara terhenti apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan gandingan profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi masing-masing tewas dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Aaron-Wooi Yik gagal menyaingi pasangan kedua dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia apabila tunduk 21-18, 17-21, 11-21 manakala Yew Sin-Ee Yi tewas 15-21, 13-21 kepada pasangan dari England Ben Lane-Sean Vendy.

 

[MK]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply