GSMA Telah Menandatangani MOU Pembangunan Digital Dengan MDEC, MoITT, PITA | Malaysia News

GSMA telah menandatangani MOU Pembangunan Digital dengan MDEC, MoITT, PITA

GSMA telah menandatangani MOU Pembangunan Digital dengan MDEC, MoITT, PITA

GSMA telah menandatangani MOU Pembangunan Digital dengan MDEC, MoITT, PITA

Kuala Lumpur, MTN – Persatuan GSM (GSMA), yang mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia, telah memeterai tiga memorandum persefahaman (MOU) bagi membantu memupuk dan mempercepatkan peluang negara digital.

MoU itu dimeterai bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pakistan (MoITT) dan Persatuan Telekomunikasi Kepulauan Pasifik (PITA).

Pengumuman mengenai MoU itu dibuat semasa persidangan maya ‘Thrive Asia Pacific’, yang menyaksikan pemimpin perniagaan digital dan penggubal dasar Asia Pasifik berhimpun secara dalam talian mulai 3-5 Nov.
Ketua GSMA Asia Pasifik Julian Gorman berkata kerjasama antara industri digital dan penggubal dasar penting kepada kemajuan masyarakat digital di Asia Pasifik.

“Perjanjian terbaharu kami dengan Malaysia, Pakistan dan PITA menunjukkan bagaimana kami membantu negara-negara Asia Pasifik memacu transformasi digital masing-masing,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Di bawah MoU dengan MDEC, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dengan memperkasakan rakyat Malaysia dengan kemahiran digital dan mengaktifkan perniagaan yang digerakkan oleh digital.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Surina Shukri berkata agensi kerajaan itu berharap dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama bagi menarik pelaburan digital ke dalam negara dan meningkatkan usaha Malaysia menjadi pusat Digital ASEAN.

“MDEC berhasrat memanfaatkan kelebihan ini yang bukan sahaja akan melonjakkan agenda digital negara tetapi berpotensi untuk membawa kepada pewujudan penyelesaian teknologi yang dapat membentuk cara kita menyelesaikan masalah global yang kian mendesak,” kata beliau.

Menurut kenyataan itu, GSMA berkata MoU dengan MoITT memfokuskan kepada jalur lebar mudah alih sebagai asas bagi “Digital Pakistan” yang inklusif.

Sementara itu, MoU bersama PITA — pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili kepentingan negara kepulauan kecil di Wilayah Pasifik dalam bidang telekomunikasi — bertujuan membantu memupuk inovasi dan kemajuan menuju ke arah masyarakat digital.

 

[bernama]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply