Hasil Kualifikasi F1 GP Abu Dhabi 2021: Verstappen Pole Position | Malaysia News

Hasil Kualifikasi F1 GP Abu Dhabi 2021: Verstappen Pole Position

Max Verstappen

Hasil Kualifikasi F1 GP Abu Dhabi 2021: Verstappen Pole Position

Kuala Lumpur, MTN – Max Verstappen memperoleh kelebihan besar dalam perebutan gelaran juara dunia Formula Satu (F1) musim ini, di Litar Yas Marina, di sini, Sabtu (11/12/2021).

Ini selepas pelumba pasukan Red Bull itu berjaya memulakan saingan Grand Prix (GP) Abu Dhabi di petak hadapan.

Verstappen berkongsi mata dengan pencabarnya yang juga pemandu Mercedes, Lewis Hamilton yang akan bermula di petak kedua.

Lando Norris akan bermula di petak ketiga, sebaris rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez.

Enam pemenang terakhir di GP Abu Dhabi sebelum ini, semuanya bermula di petak hadapan termasuk Verstappen yang merangkul kejuaraan sama pada musim lalu.

Verstappen dan Hamilton kini kedua-duanya mempunyai 369.5 mata dalam kedudukan. Siapa pun di antara keduanya yang mampu menjuarai F1 GP Abu Dhabi pada Ahad (12/12) sudah pasti akan menjadi juara dunia F1 2021.

Hasil Kualifikasi F1 GP Abu Dhabi 2021

1. Max Verstappen RED BULL RACING HONDA 1:22.109
2. Lewis Hamilton MERCEDES 1:22.480
3. Lando Norris MCLAREN MERCEDES 1:22.931
4. Sergio Perez RED BULL RACING HONDA 1:22.947
5. Carlos Sainz FERRARI 1:22.992
6. Valtteri Bottas MERCEDES 1:23.036
7. Charles Leclerc FERRARI 1:23.202
8. Yuki Tsunoda ALPHATAURI HONDA 1:23.220
9. Esteban Ocon ALPINE RENAULT 1:23.389
10. Daniel Ricciardo MCLAREN MERCEDES 1:23.409
11. Fernando Alonso ALPINE RENAULT 1:23.460
12. Pierre Gasly ALPHATAURI HONDA 1:23.489
13. Lance Stroll ASTON MARTIN MERCEDES 1:24.061
14. Antonio Giovinazzi ALFA ROMEO RACING FERRARI 1:24.118
15. Sebastian Vettel ASTON MARTIN MERCEDES 1:24.225
16. Nicholas Latifi WILLIAMS MERCEDES 1:24.338
17. George Russell WILLIAMS MERCEDES 1:24.423
18. Kimi Räikkönen ALFA ROMEO RACING FERRARI 1:24.779
19. Mick Schumacher HAAS FERRARI 1:24.906
20. Nikita Mazepin HAAS FERRARI 1:25.685.

 

[km]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply