Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan (KPM) Ditutup Mulai 7 November | Malaysia News

Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan (KPM) Ditutup mulai 7 November

Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan (KPM) Ditutup mulai 7 November

Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan (KPM) Ditutup mulai 7 November

Kuala Lumpur, MTN – Kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di daerah Dungun, Terengganu, Kerian di Perak dan Port Dickson, Negeri Sembilan akan ditutup bermula 7 Nov hingga 20 Nov.

KPM dalam kenyataan malam ini memaklumkan penutupan itu melibatkan 73 institusi pendidikan di seluruh daerah Dungun, Kerian (91) dan Port Dickson (67) yang merangkumi sekolah rendah, menengah, Kolej Vokasional serta sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian itu.

Keputusan itu dibuat susulan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan tiga buah mukim iaitu Mukim Rasau di daerah Dungun, Mukim Parit Buntar, Kerian dan Mukim Jimah di Port Dickson.

“Sekolah dan institusi berasrama juga ditutup dan ibu bapa atau penjaga perlu mengambil pelajar yang tinggal di asrama untuk pulang. Bagaimanapun, pelajar yang ingin kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

“Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Bagi murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka hendaklah mendapatkan surat daripada sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.

Senarai institusi pendidikan yang ditutup di ketiga-tiga daerah ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal rasmi KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM. Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah juga boleh dimuat turun di portal itu.

 

[bernama]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply