AirAsia X Selesaikan Tuntutan Lapangan Terbang Malaysia (Sepang) | Malaysia News
February 18, 2025

AirAsia X Selesaikan Tuntutan Lapangan Terbang Malaysia (Sepang)

AirAsia X Selesaikan Tuntutan Lapangan Terbang Malaysia (Sepang)

AirAsia X Selesaikan Tuntutan Lapangan Terbang Malaysia (Sepang)

Kuala Lumpur, MTN – AirAsia X Bhd (AirAsia X) telah mengemukakan skim penyusunan disemak semula untuk meminta mengadakan pertemuan yang dipersetujui oleh mahkamah supaya semua pemiutang dapat memilih berkaitan syarat-syarat penstrukturan tersebut.

AirAsia X dalam satu kenyataan berkata susulan daripada pengumuman skim itu pada 6 Oktober lepas, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB) telah membantah pengkelasan sebagai pemiutang tidak bercagar.

“Selepas berunding, AirAsia X telah menyelesaikan tuntutan oleh MASSB dan membuat penjelasan tertentu serta menyemak semula skim tersebut di bawah dua kelas yang berasingan iaitu ‘A’ dan ‘B’.

“Kelas A terdiri daripada pemiutang yang dianggap kritikal atau penting dan mungkin mempunyai hak dan/atau hak lain. Kelas B terdiri daripada pemiutang yang tidak termasuk dalam Kelas A,” katanya.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata MASSB telah mengeluarkan writ (surat perintah yang dikeluarkan mahkamah) menuntut pembayaran sebanyak RM78 juta dengan segera, sebahagian besarnya terdiri daripada caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang tidak pernah dikutip daripada penumpang.

“AirAsia X mahu menegaskan bahawa ia tidak akan memenuhi permintaan itu kerana isu kesahan skim PSC itu adalah perbicaraan yang masih belum selesai dan perbicaraan mahkamah seterusnya dijadualkan pada 24 Mac, 2021.

“Pergolakan tindakan undang-undang ini adalah penyalahgunaan proses mahkamah. Perkara ini pada kebiasaannya akan menjadi perbalahan antara dua pihak, tetapi sekarang, tuntutan RM78 juta yang dilakukan itu kelihatan oportunis,” katanya.

AirAsia X berkata MASSB telah menghalang proses penyusunan semula menerusi tuntuan pembayaran segera sebanyak RM78 juta itu.

“AirAsia X bimbang kerana ia nampaknya merupakan usaha untuk mendapatkan layanan istimewa dan kelebihan yang tidak adil dan tidak sah daripada semua pemiutang lain, termasuk ribuan penumpang yang terjejas,” katanya.

 

[bernama]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply