Isu Penyerahan Jawatan PM Disepakati, Wan Azizah: Saatnya Tangani Negara
Isu Penyerahan Jawatan PM Disepakati, Wan Azizah: Saatnya Tangani Negara
Kuala Lumpur, MTN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bahwa kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha menangani masalah dan isu yang dihadapi negara khususnya kesan jangkitan COVID-19 kepada ekonomi berbanding hal-hal seperti peralihan kuasa.
Dr Wan Azizah berkata isu penyerahan jawatan perdana menteri kepada penggantinya telah disepakati pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.
“Kita mentadbir negara sebaik mungkin untuk perbaiki (negara)… kita sedang menghadapi kluster COVID-19, cara bagaimana kita menanganinya kerana ia (penularan virus korona) memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.
“Oleh itu, kita semua akan fokus (terhadap impak COVID-19 kepada negara). Isu peralihan kuasa telah disepakati semalam dan ditetapkan selepas APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik),” tambahnya.
Beliau menjawab soalan pemberita berhubung keputusan Majlis Presiden PH malam tadi yang memutuskan bahawa peralihan kuasa adalah selepas persidangan APEC 2020 pada November dan menyerahkan kepada Dr Mahathir untuk memutuskan bila beliau akan mengundurkan diri.
Terdahulu, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan, meluangkan masa kira-kira sejam pada program kayuhan sejauh 30 kilometer (km) dan 5km anjuran Kelab Basikal Komuniti Ampang membabitkan penyertaan 500 peserta.
Mengulas program itu, beliau berkata ia adalah aktiviti riadah gaya hidup sihat yang bertujuan meningkatkan penjagaan kesihatan meliputi setiap lapisan masyarakat termasuk golongan berusia.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan