Jangan Nak Tipu Rakyat Lagilah, Tun Mahathir | Malaysia News

Jangan Nak Tipu Rakyat Lagilah, Tun Mahathir

Jangan Nak Tipu Rakyat Lagilah, Tun Mahathir

Jangan Nak Tipu Rakyat Lagilah, Tun Mahathir

Selepas kembali menjawat jawatan PM ke-7, sudah berkali-kali Tun M menyatakan mahu menyerahkan jawatan PM kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas DUA TAHUN, tidak akan lebih dari tempoh itu. Kemudian berkali-kali pula dia berkata mahukan bekas Timbalannya itu memimpin kerajaan PH.

Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini adalah masa yang tepat untuk Tun M menunaikan janjinya. Sebutlah tarikh sebenar peralihan jawatan itu Tun Mahathir, janganlah lagi bermain dengan tipu muslihat mahu melengah-lengahkan peralihan kuasa hingga cukup sepenggal.

Rakyat sudah penat mahu menantikan perubahan besar untuk Malaysia. Rakyat sudah penat makan kata-kata kerajaan PH. Rakyat juga sudah penat menyaksikan para Pemimpin Parti saling berebut kuasa dalam Kerajaan.

Cukup-cukuplah Tun Mahathir, rehat sajalah dan tunaikan janjimu. Nikmati masa tuamu dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

 

By: Burhanudin Cahaya Lillah

Facebook Comments

Author Profile

ab bima

About The Author

Leave a Reply