Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata tulisan Jawi adalah khazanah kebangsaan dan pembelajaran tulisan itu tidak sepatutnya menjadi isu.
Diminta mengulas isu itu oleh pemberita, Anwar berkata bantahan sesetengah pihak terhadap pengenalan tulisan Jawi ‘agak keterlaluan’.
“Mengenai tulisan Jawi, saya tak mahu hangatkan. Saya telah buat kenyataan. Ia adalah khazanah.
“Kadang-kadang, (pihak) yang menentang itu pun agak keterlaluan, (sehingga) menyentuh perasaan orang Melayu, seolah-olah Jawi sudah kuno. Sanskrit kuno orang masih belajar, Latin kuno pun.
“Bukan untuk kuasai sehingga jadi tulisan kebangsaan, tapi untuk kita ketahui. Saya tak fikir bahasa Melayu itu tidak dapat dikuasai tanpa sedikit pengetahuan tentang asalnya,” katanya pada sidang media di Serdang.
Anwar juga menyorot bahawa pengenalan tulisan Jawi hanya sekadar tiga muka surat, justeru, katanya ia tidak seharusnya menjadi isu.
Pengenalan tulisan Jawi melalui tiga muka surat dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun Empat mendapat bantahan terutamanya dari kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong.
Kumpulan berkenaan pada mulanya merancang untuk mengadakan kongres berhubung tulisan Jawi bagi menyatakan bantahan berkenaan.
Kongres berkenaan bagaimanapun dibatalkan selepas polis berjaya mendapat perintah mahkamah untuk menghalangnya, atas sebab keselamatan.
Sementara Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), yang merupakan antara pihak yang menyokong pengenalan tulisan Jawi mengadakan himpunan pada 1 Jan lalu bagi menyatakan pendirian mereka.
Author Profile
Latest entries
Politik2020.01.27Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
Politik2020.01.25AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
Politik2020.01.22Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
Top News2020.01.22Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020