Kes video Azmin: AG dan Polis akan buat kenyataan bersama dalam masa terdekat
Kes video Azmin: AG dan Polis akan buat kenyataan bersama dalam masa terdekat
Polis Di Raja Malaysia bakal membuat kenyataan bersama pejabat peguam negara berhubung laporan analisa video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohammed Azmin Ali.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, kertas siasatan serta laporan akhir itu telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara, pada akhir tahun lalu.
“Betul, memang betul. Kita telah terima (laporan pakar) hujung tahun lepas dan investigation people pun kita telah submit kepada pihak AG dan pihak AG pun akan membuat kenyataan media bersama-sama PDRM dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Meraikan Atlet PDRM Sukan SEA 2019 di mes pegawai kanan PDRM, di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.
November lalu, Huzir berkata PDRM yakin identiti lelaki yang dirakam dalam video ranjang tersebut akan diketahui sebelum hujung tahun lalu setelah ia dihantar ke firma di sebuah universiti di Amerika Syarikat untuk dianalisis oleh seorang pakar forensik digital.
Katanya, langkah itu dibuat untuk mengetahui ketulenan serta identiti yang terlibat dalam rakaman berkenaan.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020