Kenali 4 Calon PRK Semenyih | Malaysia News
August 6, 2021

Kenali 4 Calon PRK Semenyih

EMPAT calon akan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih selepas penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia akibat serangan jantung. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan hanya empat calon yang menyerahkan borang pencalonan pada hari ini dan hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dun Semenyih ditetapkan pada 2 Mac. Kerusi Dun itu yang terletak berhampiran sempada Negeri Sembilan di tenggara Selangor, mempunyai 53,257 pengundi. 68% daripadanya merupakan pengundi Melayu disusuli Cina (17%) dan India (14%). Terdapat juga pengundi Orang Asli dengan jumlah 1% daripada keseluruhan pengundi.
Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi itu buat kali pertama pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) apabila Bakhtiar menewaskan calon Barison Nasional (BN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Pada PRU, PH menang dengan majoriti besar 8,964 undi apabila meraih 23,428 undi secara keseluruhan berbanding BN’s (14,464,) PAS (6,966) dan PSM (1,293,). Dalam PRK kali ini iaitu yang keenam sejak PRU14 lalu, BN dan PAS bekerjasama dengan harapan dapat menewaskan PH. Berita adalah senarai calon: Pakatan Harapan Mohd Aiman Zainali, 30 tahun. Berkahwin dan mempunyai seorang anak Jurutera elektrik Bendahari Bersatu bahagian Hulu Langat Bersatu Graduan Universiti Teknologi Mara di Shah Alam. Kini melanjutkan pengajian PhD di universiti yang sama. Menantu arwah Bakhtiar Mohd Nor, Adun Semenyih yang meninggal dunia akibat serangan jantung. Barisan Nasional
Advertisement
Zakaria Hanapi, 58 tahun Berkahwin dan mempunyai 3 anak Bekas pegawai pembantu tadbir Univerisi Kebangsaan Malaysia, UKM Ketua Cawangan Umno Kampung Sesepan Kelubi, bekas ahli jawatankuasa bahagian Umno Hulu Langat Graduan UKM dalam sains pembangunan Berpengalaman luas dalam pertubuhan masyarakat di Hulu Langat termasuk koperasi Pelancongan Hulu Langat (KOPEL), jawatankuasa kampung Kampung Sesapan Kelubi, jawatankuasa Surau Al Falah dan ahli Majlis Belia Malaysia (MBM) ketika muda. Parti Sosialis Malaysia Nik Aziz Afiq Abdul, 25 tahun. Pakar urut tradisional dan penolong cikgu prasekolah Pemangku setiausaha Pemuda PSM Bapanya merupakan orang kuat PAS di Selangor Diberi nama seperti arwah Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat. Bebas Kuan Chee Heng, 56 tahun Aktivis masyarakat yang mengasaskan pertubuhan kebajikan Persatuan Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) yang mengendalikan perkhidmatan ambulans dengan harga 10 sen, perkhidmatan teksi dan kereta api, dan perpustakaan untuk golongan miskin di kawasan Hulu Langat. Dikenali sebagai Uncle Kentang oleh penduduk tempatan atau Lelaki 10 sen.  Dinamakan sebagai Uncle Kentang kerana menyifatkan dirinya sekecil kentang berbanding ahli politik. Nama Lelaki 10 sen pula disebabkan nilai perkhidmatan yang disediakan. Bertanding menggunakan logo telefon. – https://www.themalaysianinsight.com
Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •