MTE Petanda Ekonomi Negara Luntur? | Malaysia News
September 18, 2024

MTE Petanda Ekonomi Negara Luntur?

azmin-ali_Tun-Mahathir

MTE Petanda Ekonomi Negara Luntur?

azmin-ali_Tun-Mahathir
DEWAN Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan ) mengajak seluruh rakyat Malaysia menyoroti sejarah 20 tahun lalu, sekitar 1998 iaitu tahun yang sama Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan kedua tertinggi pentadbiran kerajaan. Pada tahun tersebut, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ditubuhkan sebagai badan penasihat kepada Kabinet untuk menangani krisis ekonomi yang timbul ketika itu. MTEN ditubuhkan bertujuan menyelaras perancangan dan pelaksanaan dasar ekonomi secara menyeluruh ketika itu. Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri bertindak sebagai Pengerusi MTEN, manakala Anwar sebagai timbalannya. Dewan Pemuda Ikatan amat menghargai peranan MTEN ketika itu yang berjaya meletakkan Malaysia di landasan yang betul, memantapkan ekonomi negara melalui pelan begitu komprehensif dan tersusun hingga mengeluarkan negara daripada kemelut ekonomi. Harus diingat bahawa kemelut ekonomi pada waktu itu melibatkan seluruh ASEAN dan sebilangan besar negara kuasa besar dan kegawatan ekonomi Malaysia merupakan tempias kepada ketidakstabilan ekonomi dunia. Syabas diucapkan di atas kebijaksanaan Dr. Mahathir pada waktu itu. Hari ini, setelah 20 tahun berlalu, Perdana Menteri yang sama, Dr. Mahathir mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) sebagai majlis khusus untuk menyelaraskan pelaksanaan dasar ekonomi secara menyeluruh. Cuma kali ini, komposisi MTE amat berbeza apabila Anwar tidak lagi menjadi Timbalan Pengerusi MTE, malah tidak terlibat langsung dalam majlis yang penting untuk ekonomi negara. MTE tahun ini juga diwujudkan bukan sebagai tindak balas kepada kegawatan ekonomi ASEAN atau dunia pada 1998 di mana ekonomi negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dilihat amat kukuh ketika ini. Persoalannya, adakah MTE diwujudkan kerana ketidakupayaan para menteri Kabinet hari ini melaksanakan tugas mereka untuk mengemudi ekonomi negara? Adakah MTE diwujudkan kerana mereka gagal dalam menyelaraskan dasar-dasar antara kementerian sehingga keluar percanggahan kenyataan kepada media dan rakyat umum? Dewan Pemuda Ikatan berharap kerajaan komited untuk memulihkan kembali ekonomi negara yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kenyataan tidak konsisten daripada para menteri membawa bencana terhadap ekonomi negara kerana tidak memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing. Dengan pelaksanaan MTE, segala agenda dan dasar ekonomi bakal disuarakan Dr. Mahathir sendiri. Oleh itu, rakyat harus menilai, adakah MTE kali ini diwujudkan kerana faktor ekonomi atau faktor hilang kepercayaan? SHARIR ADNAN, Ketua Dewan Pemuda Ikatan
Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply