Kerugian Hingga 40 Peratus Disebabkan Oleh Pengenaan Cukai Rokok Di Zon Bebas Cukai | Malaysia News
February 24, 2024

Kerugian Hingga 40 Peratus Disebabkan Oleh Pengenaan Cukai Rokok di Zon Bebas Cukai

Kerugian Hingga 40 Peratus Disebabkan Oleh Pengenaan Cukai Rokok di Zon Bebas Cukai

Kuala Lumpur, MTN – Cadangan untuk mengenakan duti eksais ke atas rokok di zon bebas cukai boleh menyebabkan peniaga runcit mengalami kehilangan hasil tahunan sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus, menurut Dewan Perniagaan Cina Langkawi.

Presidennya, Lee Han Eng, berkata langkah mengenakan cukai ke atas produk popular di zon bebas cukai sudah tentu akan menyebabkan kejatuhan permintaan.

“Lebih membimbangkan, sesetengah peniaga runcit bukan sahaja kehilangan pembeli barangan khusus tersebut, mereka juga mungkin mengalami kerugian ekoran pengurangan dalam bilangan pelanggan keseluruhan, terutamanya bagi peniaga yang hanya menawarkan rangkaian produk terhad untuk pasaran pelancong,” katanya.

Beliau mengulas mengenai pengumuman kerajaan yang akan mengenakan semula cukai eksais ke atas rokok di semua zon bebas cukai.

Inisiatif cukai baharu ini telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen baru-baru ini.

[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply