Keselamatan Lapangan Terbang Dikendalikan Oleh Malaysian Airports Memenuhi Piawaian Global | Malaysia Top News
December 5, 2020

Keselamatan Lapangan Terbang Dikendalikan oleh Malaysian Airports Memenuhi Piawaian Global

Sepang, MTN – Langkah-langkah keselamatan Malaysia Airports terus mencapai standard global, selepas menerima pensijilan ISO45001:2018 terkini dari British Standards Institution (BSI) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Datuk Mohd Shukrie berkata, ISO45001:2018, merupakan penambahbaikan daripada pensijilan sebelum ini, berorientasikan hasil dan memastikan keberkesanan keselamatan operasi lapangan terbang menerusi audit berdasarkan amalan di lapangan selain mempunyai dokumentasi penuh untuk prosedur operasi standardnya.

Sebelum ISO45001:2018, Malaysia Airport menerima pensijilan OHSAS 18001.

“Adalah amat penting untuk langkah keselamatan operasi lapangan terbang kita diiktiraf mengikut stadard global.

“Kami secara berterusan memperbaiki fasiliti dan tahap perkhidmaan di lapangan terbang, jadi pengiktirafan menerusi audit menyeluruh berkaitan proses dan sistem adalah diperlukan, bagi memastikan yang kami berada pada landasan yang betul bagi memenuhi janji kami, iaitu menyediakan sambungan perjalanan yang menyenangkan dalam persekitaran perjalanan yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

[bernama]

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •