Ketua Bahagian UPKO Putatan Mengundurkan Diri Dari Parti | Malaysia News

Ketua Bahagian UPKO Putatan Mengundurkan Diri dari Parti

Ketua Bahagian UPKO Putatan Mengundurkan Diri dari Parti

Kota Kinabalu, MTN – Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Putatan Datuk Marcus Makin Mojigoh bersama hampir semua ahli jawatankuasa bahagian berkenaan hari ini mengumumkan keluar daripada parti serta merta.

Majigoh berkata hanya Timbalan Ketua Bahagian Datuk Alex Martin dan ahli jawatankuasa dilantik Jacky Litong sahaja yang tidak menyertai kumpulan beliau.

Bekas Ahli Parlimen Putatan itu menyatakan antara penyebab tindakan mereka ialah ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan parti yang dikatakan tidak sensitif dengan rungutan akar umbi.

“UPKO Putatan juga tidak bersetuju dengan sokongan pimpinan parti terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sebelum ini. UPKO Putatan turut diketepikan daripada sebarang jawatan di peringkat daerah,” katanya pada sidang media yang diadakan di kediaman beliau di Kampung Kotiduvan Duvanson dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Mojigoh menolak spekulasi bahawa mereka akan berpindah parti ke Parti Bersatu Sabah (PBS) ekoran kehadiran presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan beberapa ahli parti itu ke sambutan Tahun Baharu Cina di kediamannya sejurus pengumuman keluar parti.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply