Ketua Hakim: Pertimbang Risiko Covid-19 di Penjara Sebelum Jatuhkan Hukuman

Ketua Hakim: Pertimbang Risiko Covid-19 di Penjara Sebelum Jatuhkan Hukuman
Putrajaya, MTN – Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pegawai kehakiman untuk mengambil pertimbangan berkenaan masalah risiko penularan wabak Covid-19 dihadapi penjara dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), Tengku Maimun berkata, dengan mengambil kira peruntukan undang-undang sedia ada dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah itu, pegawai kehakiman dinasihati mengambil pertimbangan berkenaan risiko penularan wabak itu yang dihadapi penjara.
Bagaimanapun, ia adalah terletak pada budi bicara mahkamah untuk mempertimbangkan bentuk hukuman yang sesuai dengan mengambil kira masalah risiko penularan wabak itu yang dihadapi penjara-penjara, katanya.
PKPMP dalam kenyataan itu juga mengesahkan menerima surat daripada Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar bertarikh 2 April berkenaan penerimaan banduan bagi kesalahan PKP.
Dalam surat berkenaan, beliau mencadangkan supaya pesalah-pesalah pelanggaran PKP dikenakan hukuman menjalani perintah khidmat masyarakat tanpa menjalani hukuman pemenjaraan.
Menurut Zulkifli, Jabatan Penjara berpendapat bahawa adalah satu masalah besar jika berlaku penularan wabak Covid-19 di penjara kerana selain jarak sosial yang mustahil dapat dilakukan, penjara juga menjadi bakal tempat penularan wabak itu dan boleh mengancam nyawa banduan mahupun kakitangan.
Pada 25 Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 14 April untuk membendung penularan wabak Covid-19.[mg]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri