Pandemik Covid-19, KKM: Hanya Satu Korban Terbaharu, 236 Pulih Hari Ini | Malaysia News

Pandemik Covid-19, KKM: Hanya Satu Korban Terbaharu, 236 Pulih Hari Ini

Putrajaya, MTN – Hanya satu korban baru Covid-19 dicatatkan hari ini merupakan angka terendah direkodkan  seterusnya menjadikan jumlah keseluruhan  yang meninggal dunia  62 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 131 kes jangkitan baharu dilaporkan hari ini berbanding 179 semalam menjadikan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif adalah 3,793 kes.

“Kes kematian ke-62 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif Covid-19 daripada perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

“Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac dan disahkan meninggal semalam pukul 10. 22 pagi,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 hari ini.

Beliau selain itu juga memaklumkan, seramai 236 mangsa jangkitan Covid-19 telah pulih serta dibenarkan keluar wad hari ini.

Ini jumlah  yang tertinggi dalam rekod bilangan pesakit yang sembuh menjadikan  keseluruhan adalah 1,241 orang.

Advertisement

Bagaimanapun seramai 102 pesakit Covid-19 masih dirawat di unit rawatan rapi di hospital.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kes memerlukan bantuan pernafasan,” tambahnya.

Beliau dalam pada itu memaklumkan Kementerian Kesihatan akan membuat saringan kepada semua etnik Rohingya yang tiba di Langkawi baru-baru ini.

Pengesanan kontak rapat juga akan dilakukan segera.

“Memang betul ada pendaftaran pelarian ini kita telah pun asingkan mereka kita sedang menjalankan pengesanan dan ujian saringan kepada mereka,” ringkasnya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan menetapkan etnik Rohingya itu akan dikuarantin di Pulau Langkawi.

Seramai 202 pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya ditahan di pantai berhampiran sebuah pusat penginapan di Kampung Teluk Nibong, pada Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, kumpulan PATI terdiri 152 lelaki, 45 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan ditahan pada kedudukan 1.2 batu nautika di Barat Daya pantai berkenaan.[mg]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •