Ketua Pengarang Sinar Harian Meninggal Dunia

Ketua Pengarang Sinar Harian Meninggal Dunia
Kuala Lumpur, MTN – Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian Datuk Baharom Mahusin meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pagi ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata Allahyarham mengalami pelbagai komplikasi akibat jangkitan kuman dalam darah.
“Allahyarham masuk hospital sejak dua minggu lepas, dia mengalami batu karang tersumbat dalam hempedu. Selepas itu, terdapat jangkitan kuman dalam darah dan sehingga semalam, komplikasi itu menyerang pada jantungnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata jenazah Baharom, 54, akan dibawa dari PPUM ke Masjid Bilal Bin Rabah di Taman Koperasi Polis untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di sini.
Hussamuddin menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang rajin, berdedikasi, tegas dan teliti dalam pekerjaannya serta berjaya melakukan transformasi terhadap surat khabar Sinar Harian.
[bernama]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor