Kuala Lumpur, MTN – Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata, Hamid wajar memahami perspektif kenapa Umno merasakan bahawa ia tidak mendapat agihan kerusi dengan adil.
Umno katanya, dari awal telah menuntut agar parlimen segera dibubarkan untuk memberi laluan kepada satu pilihanraya.
Sebaliknya Umno hanya menukar pendiriannya setelah kedudukan politik Malaysia terus berkonflik kerana tindakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Demi menyelesaikan kemelut tersebut, Umno dan PAS memilih untuk menyokong Muhyiddin semata-mata atas kepentingan nasional.
“Tanpa Umno dan PAS, Muhyiddin tidak dapat membentuk kerajaan. Justeru Umno adalah pendiri bersama kerajaan PN dan bukan penumpang.
“Kerana itu Umno merasakan wajar untuk ia mendapat keadilan melalui tuntutan ‘proportionate’,” katanya lagi.
Jelas Khaled, sesebuah kerajaan hanya akan hanya akan disegani dan diyakini dengan wibawa kabinetnya.
Author Profile
Latest entries
CoronaVirus_Covid-192021.08.13Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
CoronaVirus_Covid-192021.08.13Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
National2021.08.05Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
National2021.07.26Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan