KKM Pantau Rapi Perkembangan Varian Baharu COVID-19 | Malaysia News
September 25, 2023

KKM Pantau Rapi Perkembangan Varian Baharu COVID-19

Omicron

KKM Pantau Rapi Perkembangan Varian Baharu COVID-19

KAPAR, MTN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain berkaitan perkembangan Omicron, varian baharu COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pemantauan berterusan itu akan membantu KKM membuat keputusan bagi meluaskan sekatan pengembaraan terhadap mana-mana negara sekiranya perlu.

Beliau berkata, KKM melihat kewujudan varian ini setiap hari dan sejarah perjalanan pengembara yang disahkan positif dijangkiti varian terbabit.

“Jika penilaian risiko KKM menunjukkan risiko sesebuah negara itu sudah meningkat, kita akan meletakkan negara berkenaan sebagai senarai merah dan mungkin sekatan dibuat.

“Setakat ini, tiada kes Omicron dikesan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan dan Perasmian Klinik Kesihatan Kapar, Sabtu (27/11/2021).

Semalam, Khairy mengumumkan pengembara warga Malaysia yang merancang lawatan ke tujuh negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe tidak dibenar meneruskan perjalanan mereka.

Beliau berkata, ia adalah inisiatif kerajaan dalam mempertingkat langkah pencegahan dan kawalan sempadan termasuk bagi pengembara yang tiba di pintu masuk negara.

Katanya, tiga negara melaporkan kes membabitkan varian Omicron iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (empat) dan Hong Kong (dua).

 

[BH]

Facebook Comments

Leave a Reply