Lionel Messi Menjaringkan Gol ke-650 untuk Barcelona

Lionel Messi Menjaringkan Gol ke-650 untuk Barcelona
MTN – Lionel Messi menjaringkan gol ke-650 untuk Barcelona menerusi sepakan percuma bagi membolehkan pasukannya menewaskan Athletic Bolbao 2-1 pada aksi La Liga awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan the Catalans melonjak ke tangga kedua liga.
Ia merupakan gol sepakan percuma Messi yang ke-46 untuk Barcelona.
Messi meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-20 namun gol sendiri Jordi Alba membolehkan pasukan pelawat mengikat kedudukan pada minit ke-49.
Namun Antoine Griezmann menjadi wira apabila menjaringkan gol pada minit ke -74 hasil hantaran Oscar Mingueza.
Barcelona dan Real Madrid memungut mata yang sama namun perbezaan gol membolehkan Barcelone berada di belakang pendahulu liga Atletico Madrid dengan kelebihan 10 mata.
Pasukan kendalian Ronald Koeman itui merekodkan lapan kemenangan dan dua seri selepas mengharungi 10 mengharungi perlawanan.
[MG]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor