Macpie Membeli 35 Peratus Saham Techninier
Macpie Membeli 35 Peratus Saham Techninier
Kuala Lumpur, MTN – Macpie Bhd telah memeterai Perjanjian Induk (HOA) untuk memperoleh hingga 35 peratus saham dalam Techninier Sdn Bhd, sebuah syarikat pembangunan perisian dan permainan mudah alih.
Perjanjian itu ditandatangani antara Macpie dan Datin Soh Meizhi, yang juga Pengarah dan Ketua Pegawai Kewangan Techninier untuk cadangan pengambilalihan 280,000 saham biasa pada harga RM90 juta.
Berdasarkan kepada HOA itu, pihak yang terlibat telah bersetuju untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh 60 hari selepas penilaian terhadap Techninier selesai.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Macpie yang terlibat dalam pengurusan acara dan perniagaan berkaitan pengedaran produk komunikasi berkata pengambilalihan yang dicadangkan itu akan memperkukuhkan perniagaan acara digital dan e-sukannya.
“Pengambilalihan ini membolehkan Macpie melancarkan lebih banyak kejohanan e-sukan dan acara digital dengan lebih kerap,” katanya.
Macpie berkata ia akan menghasilkan sinergi bekerja dengan pasukan dari Techninier untuk menyebarkan acara permainan dalam talian, persidangan digital, penciptaan kandungan mudah alih dan platform e-sukan kerana ia membawa usaha perniagaannya dalam persekitaran pandemi COVID-19 untuk mendapat pelanggan baharu di pasaran dalam talian.
Menurut data dari penyedia analisis e-sukan, Newzoo, Macpie berkata Malaysia mempunyai 20.1 juta pemain dan membelanjakan US$673 juta (RM2.7 bilion) untuk permainan pada tahun 2019.
“Macpie mahu merebut sebahagian kecil daripada pasaran tersebut,” katanya.
[bernama]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor