Nora Ariffin Mendapat Gelaran Datuk
Nora Ariffin Mendapat Gelaran Datuk
Kuala Lumpur, MTN – Semalam penyanyi Nora Ariffin merupakan salah seorang daripada tiga orang anak seni yang mendapat gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan gelaran yang diterimanya memandangkan Nora selama ini hanya dikenali sebagai seorang penyanyi.
Namun seorang individu yang menggunakan nama @sepitsiput di Instagram menjelaskan siapa Nora di sebalik kariernya sebagai penyanyi.
“Meols dapat beberapa DM bertanya tentang kesahihan Nora Ariffin dapat datukship sempena Hari Wilayah. Dan ada yang mempertikai.
“Meols rasa curls kena kentli yang Kak Nora tu bukan skadar penyanyi, tapi juga Pengarah Urusan Hud Hud Media yang dah berbelas tahun mencipta kandungan kreatif untuk Islamic Edutainment,” jelasnya.
Menurut individu itu lagi, produk syarikat berkenaan juga sudah lama bertapak di banyak negara Asia dan memang antara syarikat berstatus MSC.
“So janganlah hina dia just because curls rasa dia penyanyi sendu. Lagipun ayah Kak Nora sendiri bergelar Datuk,” ujarnya.
Selain Nora, dua lagi anak seni yang turut mendapat gelaran Datuk adalah penulis lirik, Habsah Hassan dan pengarah filem dan ahli kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim.
[MG]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor