Majlis Presiden harus jelas beri komitmen tarikh peralihan – Nik Nazmi
Majlis Presiden harus jelas beri komitmen tarikh peralihan – Nik Nazmi
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PH mesti kembali ke Buku Harapan dan kekalkan peralihan Tun Dr Mahathir Mohamed ke Dato Seri Anwar Ibrahim pada Mei 2020.
Menurut dia, walaupun Pakatan Harapan dapat membawa beberapa pencapaian luar biasa, termasuk dasar ekonomi pro-rakyat, pembaharuan institusi yang berterusan dan PRU 18, namun hakikatnya harus lebih ke hadapan terutamanya dalam reformasi ekonomi.
“Malaysia tak boleh jadi aman dan maju tanpa keadilan sosioekonomi. Tahun 2020 yang ikonik mestilah menjadi tahun pembaharuan untuk rakyat. PH mesti teruskan proses reformasi institusi dan memaksimumkan pemodenan ekonomi kita,” katanya dalam akaun twitternya.
Ahli Parlimen Setiawangsa ini berkata banyak perlu dilakukan bukan sahaja dari segi wujudkan lebih banyak pekerjaan dan turunkan kos sara hidup, tapi juga jamin masa depan ekonomi, untuk pastikan pekerja kita dapat bersaing dalam menghadapi perubahan teknologi yang berlaku dengan begitu pantas.
Mahu tidak mahu, PH mesti sampaikan agendanya dgn berkesan kepada rakyat, serta memperkasakan individu di dalam kerajaan. Selain itu, PH perlu menggandakan usaha untuk tunaikan manifesto.
“Antara yang rakyat mahukan adalah peralihan yang dijanji Muafakat PH pada 6 Jan 2018. Majlis Presiden harus jelas beri komitmen tarikh peralihan Dr Tun Mahathir sebagai PM 7 kepada Anwar Ibrahim sebagai PM 8 pada Mei 2020 yang pernah dinyatakan pada rakyat.
Ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan demi kebaikan negara kita. Sama ada penduduk kawasan saya yang saya temui di pasar, penjawat awam di Putrajaya mahupun ahli perniagaan. Mereka mahukan jawapan yang jelas dalam perkara ini.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020