Malaysia-Indonesia Jalin Kerjasama MOU Sektor Perkastaman
Malaysia-Indonesia Jalin Kerjasama MOU Sektor Perkastaman
Kuala Lumpur, MTN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Republik Indonesia (DJBC) pada Rabu (10/11/2021) telah memuktamadkan Memorandum Sefahaman antara kedua-dua negara bagi Kerjasama dan Bantuan Pentadbiran Bersama Mengenai Urusan Kastam (MOU).
Pelaksanaan MoU tersebut membolehkan pentadbiran Kastam kedua-dua negara untuk meraih pelbagai manfaat untuk kepentingan bersama termasuk memperkukuhkan kerjasama terutamanya dalam menangani isu-isu perdagangan berkaitan dengan hal-hal perkastaman antara dua negara.
Selain itu, mempromosikan penggunaan piawaian-piawaian antarabangsa dan juga amalan-amalan terbaik berkaitan dengan hal-hal perkastaman yang menjurus ke arah merealisasikan pembangunan ekonomi negara dan mengukuhkan pembangunan sumber manusia dan pembangunan keupayaan bagi memodenkan amalan-amalan perkastaman di dalam pentadbiran kastam kedua-dua negara.
MOU itu juga bertujuan mempromosi kerjasama fasilitasi perdagangan melalui pembangunan teknikteknik perkastaman dan juga aplikasi ICT di dalam kerjasama perkastaman dan mengusahakan kerjasama ke arah pelaksanaan World Customs Organization (WCO) SAFE Framework of Standards yang meliputi pertukaran maklumat perkastaman.
MOU ini telah ditandatangani oleh Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Republik Indonesia, Sri Mulyani Indrawati di Istana Bogor, Indonesia.
Majlis ini disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).
MOU yang berbentuk kerjasama pintar ini akan mewujudkan situasi menang-menang yang merupakan salah satu syarat utama persetujuan MOU di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Indonesia.
[MG]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor