Mantan Bos Malaysia Airlines, Dr Abdul Aziz Abdul Rahman Meninggal Dunia
Mantan Bos Malaysia Airlines, Dr Abdul Aziz Abdul Rahman Meninggal Dunia
Kuala Lumpur, MTN – Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd (kini dikenali sebagai Malaysia Airlines) Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, 86, meninggal dunia semalam, akibat komplikasi kanser.
Perkara itu disahkan melalui catatan Facebook anak Allahyarham Anita Azrina, yang turut memaklumkan bapanya meninggal dunia pada pukul 11.51 malam.
“Doakan Allah redha, beri keampunan dan rahmati ayahanda Abd Aziz dan dipermudahkan segala urusan seluruh keluarga kita semua,” katanya dalam catatan itu.
Allahyarham yang menghidap kanser esofagus, meninggal dunia di sebuah hospital swasta dan jenazah di bawa ke Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada pukul sembilan pagi untuk disolatkan, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Abdul Aziz mula menyertai syarikat penerbangan itu pada April 1971 sebagai Setiausaha Syarikat/ Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang MAS, sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan pada 1982 dan bersara pada 1991.
Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham…jasa kamu (Allahyarham) akan dikenang oleh warga pekerja MAS,” menurut catatat Facebook kesatuan itu.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan