MB Amirudin: Semua Wakil Bersatu dalam K’jaan Selangor Dipecat
MB Amirudin: Semua Wakil Bersatu dalam K’jaan Selangor Dipecat
Menteri Besar Amirudin Shari berkata peruntukan bagi tujuh wakil rakyat itu juga akan dibekukan.
Tambahnya penyingkiran juga akan dilanjutkan kepada wakil-wakil Bersatu di semua peringkat kerajaan negeri termasuk exco, ketua kampung, pihak berkuasa tempatan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor.
“(Mereka) akan dikeluarkan secara berperingkat mulai hari ini.
“Pada masa yang sama, kami juga akan membekukan peruntukan mereka. Ini termasuk dua wakil bebas yang sebelum ini dipecat daripada parti (PKR), “katanya.
“Dan dalam pada masa yang sama kita juga turut membekukan semua peruntukan terlibat dengan mereka termasuk dua orang calon bebas yang telah dipecat dari parti di dalam ahli dewan ini,” katanya.
Kedua calon bebas yang dimaksudkan Amirudin adalah bekas menteri besar Azmin Ali dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Hilman Idham.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di kediaman rasminya di Shah Alam petang tadi.
Turut hadir penyokong Pakatan Harapan (PH) dari PKR, DAP dan Amanah.
Bagaimanapun, terdapat pimpinan yang didapati tidak hadir pada sidang media tersebut dan antaranya adalah Idris Ahmad (Ijok) PKR, Rodziah Ismail (Batu Tiga) dan Syamsul Firdaus (Taman Medan).
Malaysiakini telah menghubungi mereka untuk mendapat komen.
Untuk rekod PH kekal sebagai kerajaan negeri dengan 43 anggota Adun berbanding PN dengan 13 kerusi.[mk]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan