Menjelang Kongres, Shahbudin: Masih Kurang Sabarkah Anwar Ibrahim? | Malaysia News

Menjelang Kongres, Shahbudin: Masih Kurang Sabarkah Anwar Ibrahim?

Menjelang Kongres, Shahbudin: Masih Kurang Sabarkah Anwar Ibrahim?

Kuala Lumpur – Konvensyen PKR Perak yang berlangsung pada malam tadi paling sedikit dihadiri oleh lebih dari 3,000 orang.

Dalam kongres tersebut Anwar Ibrahim mengeluarkan peringatan bahwa jangan sesekali sesiapa pun terus menerus menguji kesabarannya.

Presiden PKR tersebut juga mengatakan bahawa sebagai presiden, beliau bertanggungjawab untuk membangunkan kekuatan parti dan pada waktu yang sama menghormati suara akar umbi.

“Ada yang mengatakan bahawa Anwar sangat lemah, sangat sabar, dan bahkan Shamsul Iskandar (Ketua Penerangan PKR) mengatakan… kesabaran tahap dewa. “Bezanya parti kita dengan orang lain bukan cakap sikit terus pancung,” tulis Shahbudin dalam laman blognya yang dikutip Rabu (4/12).

“Tetapi kalau kesabaran itu sampai memberi gambaran parti pecah dan lemah, saya tidak boleh (tak akan bertolak ansur),” tambah Shahbudin dalam tulisannya.

Apa ertinya peringatan itu?

Selain itu Shahbudin juga menuliskan bahawa dalam retrospeksi, tindakan kumpulan penentangnya di PKR sudah boleh dianggap sangat melampau dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Mereka bukan saja mempertikai dan mengabaikan urusan parti, tetapi juga berani mengkritik Anwar secara terbuka melalui media.

Selain itu, mereka juga tidak mahu hadir ke mesyuarat MPP dan Biro Politik selama lebih dari setahun, meskipun peraturan parti menjelaskan bahawa tiga kali berturut-turut tidak hadir tanpa alasan, tindakan menggugurkan jawatan sudah boleh dikenakan. Tapi Anwar masih sabar.

Mereka yang tidak menghadiri mesyuarat, tetapi kemudian Anwar pula yang diminta untuk tunduk pada desakan dan bertemu dengan mereka atas nama rekonsiliasi atau yang disebut perdamaian.

Apabila suatu keputusan dibuat oleh parti, mereka juga dengan keras menolaknya melalui kenyataan media, walhal mereka masih tetap ponteng mesyuarat seperti biasa, sementara Anwar masih terus bersabar.

Mereka bernaung di bawah PKR dan berada di dalam kerajaan atas nama parti, tetapi mereka telah dengan lancangnya menolak Anwar sebagai Perdana Menteri berikutnya, meskipun hal tersebut telah mendapat kesepakatan dan konsensus PH.

Ya… beliau terus bersabar lagi.

Jadi, ramai yang bertanya, mengapa Anwar begitu sabar?

Bolehkah tindakan lawannya itu masih dianggap sebagai hak untuk memberikan pandangan yang harus dihormati?

Dan mungkinkah lawan-lawannya akan mengadakan kongres berasingan di Kuala Lumpur dan memboikot Kongres Keadilan Nasional di MITC, Melaka pada 7 dan 8 Disember nanti, kesabaran Anwar akan berakhir?

Apakah setelah kongres atau melalui mandat perwakilan dalam kongres di MITC Melaka, akankah ada tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang yang tidak dinafikan lagi mahu memberi gambaran PKR yang dipimpinnya sudah berpecah dan semakin lemah?

Apakah itu yang dimaksudkan dengan pidato Anwar di Kuala Kangsar kemarin dengan peringatan agar “tidak menguji kesabaran saya?”

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply