MyFundAction Salurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang | Malaysia News
April 13, 2021

MyFundAction Salurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

Kuala Lumpur, MTN – Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) telah menyalurkan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir di Pahang baru-baru ini.

Ia diadakan dengan kerjasama Food For Hunger dan Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart) serta beberapa lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Misi kali ini memfokuskan kepada bantuan keperluan asas dikenali Rezeki Umat (RU) yang mengandungi barangan keperluan asas isi rumah berupa beras, tepung, gula, minyak, susu, sardin dan beberapa barangan yang lain.

“Sebanyak 2,000 set RU telah dibawa ke kawasan yang terjejas teruk akibat banjir, antaranya daerah Temerloh, Mentakab, Pekan dan Kuantan,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Sementara itu, MyFundAction juga mengedarkan pek makanan siap sedia dimakan kepada beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terlibat serta menyediakan bantuan kesihatan berupa hygiene kit kepada semua mangsa.

Edaran hygiene kit di PKOB Bera yang bertempat di SMK Seri Bera oleh Pengurus

Walaupun jumlah mangsa semakin berkurangan namun seramai 11,413 mangsa masih berada di PPS di sekitar negeri Pahang.

 

 

[MG]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •