JDT Umumkan Jonathan Herrera Sebagai Pemain Baharu

JDT Umumkan Jonathan Herrera Sebagai Pemain Baharu
Johor Bahru, MTN – Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkuatkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila mengikat penyerang import baharu dari Argentina Jonathan Herrera.
Pengarah Sukan JDT FC Martin Prest berkata mereka percaya Herrera adalah pemain yang layak berdasarkan umur serta cara permainan yang sesuai dengan pendekatan bola sepak diamalkan JDT.
Dia bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Diogio Luis Santo yang kini bersama kelab dari Thailand, BG Pathum United.
“Kami melihat beberapa pemain untuk melengkapkan pasukan dan akhirnya kami memutuskan Herrera adalah penyerang import kami,” katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Prest berkata mereka akan memperkenalkan secara rasmi pemain berusia 30 tahun selepas beliau habis menjalani tempoh kuarantin wajib, bersama-sama dua lagi pemain.
Berasal dari Buenos Aires, Herrera sebelum ini beraksi bersama Primera B Nacional Deportivo Riestra, iaitu pasukan divisyen dua Liga Bola Sepak Argentina.
[bernama]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor