myTukar Melebarkan Sayap ke Malaysia Timur
myTukar Melebarkan Sayap ke Malaysia Timur
Kuala Lumpur, MTN – myTukar Sdn Bhd (myTukar), platform jual beli kenderaan terpakai secara atas talian meluaskan operasinya ke Malaysia Timur dengan pembukaan dua hubungan pemeriksaan myTukar yang pertama di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
Ini merupakan strategi penting myTukar yang ke arah mentransformasi industri kenderaan terpakai melalui pendigitalan.
myTukar berkata, jualan kenderaan terpakai menunjukkan peningkatan positif terutamanya pada suku ketiga tahun 2020, walaupun sewaktu pandemik melanda.
Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan terpakai meningkat 100% pada enam bulan pertama tahun 2020.
Bantuan moratorium dan insentif kewangan lain oleh kerajaan, selain daripada keperluan memiliki kenderaan sendiri untuk mengurangkan masa berada di dalam pengangkutan awam turut menyumbang ke arah peningkatan jualan sepanjang tahun lalu.
Ketua Pengarah Eksekutif myTukar, Fong Hong Sum berkata, dengan peningkatan permintaan terhadap kenderaan terpakai di seluruh negara, syarikat ini juga melihat peningkatan terhadap dagangan atas talian di kalangan penduduk di Malaysia Timur
Ketika ini, hanya lebih kurang 26% pengedaar kenderaan terpakai di sana yang menjalankan transaksi secara atas talian.
”Memandangkan misi myTukar adalah untuk memudahkan proses penjualan myTukar menerokai pasaran kenderaan terpakai Malaysia Timur secara digital menggunakan platform kami. Kami yakin ini merupakan masa terbaik untuk memasuki pasaran yang belum lagi diterokai di Malaysia Timur,” katanya.
Tambah Fong, platform myTukar yang inovatif ini dapat memberikan sokongan yang diperlukan oleh pengedar kenderaan di sana dan seterusnya dapat meningkatkan jualan mereka melalui ekosistem yang cepat, efisien dan menjimatkan.
Menurutnya, Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,325km yang dijangka siap pada 2023 menjadikan perjalanan darat lebih selamat dan selesa kepada 3.74 juta penduduk.
Projek pembangunan mega ini merupakan kesan pengganda terhadap ekonomi, termasuk untuk pasaran automotif dan lebih kurang 369 pengedar kenderaan terpakai di Sabah dan Sarawak.
Pengembangan myTukar ke pasaran Sabah dan Sarawak selaras dengan pelan peningkatan untuk 2021 dan memberi impak yang besar terhadap perkembangan pasaran kenderaan terpakai di sana.
Pada Oktober tahun lepas, myTukar mengumumkan pelan pengembangan yang pesat dengan pembukaan tujuh cawangan baharu pada 2020 menjadikan keseluruhannya sebanyak 15 cawangan di seluruh negara.
Platform berteknologi inovatif yang mula beroperasi pada 2018, berkembang dengan strategi perniagaan yang agresif untuk industri kenderaan terpakai melalui pendigitalan dalam proses pembelian kenderaan terpakai
Sehingga kini, myTukar memiliki sehingga 2,000 rangkaian pengedar dengan jumlah transaksi melebihi 27,000 unit kenderaan dengan nilai anggaran RM805 juta.
[MG]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor