Nik Ezanee: Kami ‘Idiots’ Untuk Pastikan Anda Semua Selamat
Nik Ezanee: Kami ‘Idiots’ Untuk Pastikan Anda Semua Selamat
Petaling Jaya, MTN – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 30an kerana mengeluarkan kata-kata kesat menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
“Ada pagi tadi. Saya rasa disebabkan kesesakan jalan akibat sekatan ini apabila dia sampai ke lokasi dia jerit ke arah petugas ‘you all are idiots’,” katanya diminta mengulas kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Mengulas lanjut, beliau yang juga turun padang bertugas semasa sekatan jalan raya Op Covid di Persiraran Surian bersempadan Kota Damansara-Damnsara itu dengan nada sinis berkata:
“Memang kami semua (polis) mungkin idiot (bodoh), tetapi kami bodoh kerana ada aspek keselamatan yang perlu dijamin dalam minda dan juga hati.
“Jadi minta maaf untuk menyebabkan kesulitan sebegini.
“Kami ada tugas untuk dilaksanakan demi negara dan keselamatan rakyat untuk memastikan anda semua sentiasa selamat, itulah kerja kami, saya minta maaf ya.”
Beliau juga mengesahkan wanita berkenaan ditahan di bawah Seksyen 7 Akta 342 dan dibawa ke Balai Damansara.
Wanita berkenaan semasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya telah membunyikan hon berterusan selama 30 minit.
Dan sebaik tiba di perkarangan tempat tinggalnya di sebuah apartmen bersebelahan lokasi sekatan jalan raya itu, beliau telah menjerit ‘Hoi stupid idiots” ke arah pasukan polis dan tentera yang bertugas.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri