Elak Gaduh Suami, KWK Saran Wanita Cakap Macam Doraemon
Elak Gaduh Suami, KWK Saran Wanita Cakap Macam Doraemon
Kuala Lumpur, MTN – Sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) menawarkan beberapa panduan atau tips buat para isteri, sama ada suri rumah baik pun mereka yang bekerja dari rumah.
Dalam siri hantaran di Instagram rasminya semalam, kementerian itu menasihatkan golongan wanita agar bertolak-ansur, dan tidak bergaduh atau menyindir pasangan masing-masing, termasuklah ketika meminta mereka membuat kerja-kerja rumah.
Salah satu panduan itu berbunyi:
“Jika melihat pasangan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak kita, elakkan dari berleter- gunakan perkataan ‘humorous’ seperti ‘cara sidai baju macam nilah sayangku’ (tiru nada Doraemon dan diikuti dengan gelak manja!)”
Kementerian itu turut menasihati wanita agar tidak menyindir pasangan yang tidak membantu kerja rumah, sebaliknya mereka harus meminta tolong dan memberitahu pasangan kerana adakalanya pasangan perlu “dimaklumkan” untuk tahu apa yang perlu mereka lakukan.
Siri panduan itu adalah sebahagian daripada kempen mengelakkan pergaduhan suami dan isteri di rumah sepanjang tempoh PKP.
Bagi wanita yang bekerja dari rumah semasa PKP pula, KWK menitipkan panduan bagi membantu wanita kekal produktif dan fokus.
“Elak pakai pakaian rumah.
“Bertatahias seperti biasa, bersolek dan berpakaian kemas,” nasihatnya dalam satu hantaran Instagram lain, selain mencadangkan kawasan yang mungkin boleh digunakan untuk bekerja seperti di meja makan, dapur dan ruang tamu.
KWK turut berpesan agar kaum wanita tidak terlalu leka dengan kerja mereka sehingga terlepas pandang pergerakan ahli keluarga mereka sehingga mungkin melanggar PKP.
“Suka juga untuk kami ingatkan, jangan terlalu leka dalam bekerja sehingga ahli keluarga tidak dipantau sehingga boleh mengakibatkan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa.
“Wanita Gembira, Keluarga Bahagia,” nasihatnya.
PKP bermula pada 18 Mac dan dilanjutkan hingga 14 April.[mk]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan