Nilai Eksport Produk Pertanian Peru Ke Asia Meningkat | Malaysia News
December 14, 2024

Nilai Eksport Produk Pertanian Peru ke Asia Meningkat

Nilai Eksport Produk Pertanian Peru ke Asia Meningkat

Nilai Eksport Produk Pertanian Peru ke Asia Meningkat

Kuala Lumpur, MTN – Nilai eksport produk pertanian dari Peru ke Asia meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun kepada AS$507 juta (AS$1=RM4.06) bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Suruhanjaya Penggalakan Eksport dan Pelancongan Peru (Promperu) yang memetik perangkaan Pengawasan Nasional bagi Pentadbiran Kastam dan Cukai negara itu menjelaskan eksport buah-buahan segar dan sayuran Peru ke Asia mencecah AS$320 juta pada tempoh yang sama, menyumbang 10 peratus kepada eksport buah-buahan dan sayuran keseluruhannya ke seluruh dunia.

“Produk utama dieksport ke Asia ialah anggur segar (AS$109 juta); kranberi segar (AS$90 juta); avokado (AS$69 juta) dan limau mandarin segar (AS$18 juta),” menurut Promperu dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, China, Korea Selatan, India dan Jepun berada dalam senarai 10 pasaran utama bagi eksport produk pertanian Peru.

Sektor awam dan swasta di Peru akan terus bekerjasama untuk memperluas lagi akses ke pasaran Asia bagi produk negara itu, katanya.

Pengarah Eksport Promperu, Mario Ocharan berkata dalam beberapa bulan akan datang, Peru akan mendapat akses ke Korea Selatan bagi produk kranberi, buah-buahan sitrus dan delima serta pasaran Jepun untuk anggur, kranberi dan delima.

Beliau berkata Peru telah melancarkan kempen promosi komersial Besar-besaran bagi produk-produk dengan akses ke pasaran berkepentingan khas seperti Malaysia, Singapura dan Thailand.

Sementara itu, Promperu menjelaskan syarikat Peru yang telah menghadiri Asia Fruit Logistica On – acara pameran dan persidangan perdagangan tahunan khusus bagi perniagaan buah-buahan dan sayuran Asia dan antarabangsa – edisi digital baru-baru ini, mencatatkan janji niaga bernilai US$50 juta melibatkan hasil pertanian itu untuk pasaran Asia.

Menurut Promperu, berlandaskan matlamat yang ditetapkan bagi 2021, Peru sedang menentukan kempen promosi jenama Superfoods Peru (https://peru.info/superfoods) yang akan mengetengahkan antaranya buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian Andes yang terkenal di dunia.

Bijian Andes merupakan biji-bijian yang sangat berkhasiat seperti Kuinoa, Amaranth dan Kaniwa yang dapat kekal tumbuhan dalam iklim melampau seperti angin kencang dan kemarau.

“Kempen ini akan dilancarkan di pelbagai negara di titik jualan, peruncit, hotel, restoran dan kafe, sekali gus meneruskan strategi untuk menempatkan produk Peru tidak hanya dalam kalangan profesional perdagangan, malah untuk pengguna akhir,” menurutnya.

Peru telah menjadi penanda aras antarabangsa bagi pengeluaran produk makanan tani dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

Ia juga merupakan pengeksport kranberi, asparagus dan quinoa terbesar dunia selain pengeksport limau mandarin kedua terbesar dunia; avocado (ketiga) dan anggur (kelima).

 

[bernama]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply