Noor Hisam: Tiada Kematian Baru Covid-19, Kes Positif Paling Rendah

Noor Hisam: Tiada Kematian Baru Covid-19, Kes Positif Paling Rendah
Putrajaya, MTN – Tiada kematian baharu direkodkan berkaitan Covid-19 sejak 24 jam yang lalu selepas kali terakhir dilaporkan pada 19 April lepas.
Bagaimanapun, masih ada lagi penambahan 36 kes positif baru dicatatkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau menjelaskan, sehingga pukul 12 tengahari hari ini jumlah kematian kes Covid-19 kekal 89 kes.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,295 kes (60.74 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
“Seperti dilihat beberapa hari ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.
Noor Hisham berkata, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,425 kes dan ini merupakan bilangan kes harian paling rendah direkodkan setakat ini.
Tambah beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,041 kes dan sehingga kini sebanyak 45 kes positif wabak itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Ujarnya, daripada jumlah tersebut, 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya lagi, penurunan jumlah kes harian yang dapat dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutama dalam tempoh dua minggu lalu.[MG]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri