Ode Jee Akan Beroperasi Di Johor Bahru Mulai Hari Ini | Malaysia News

Ode Jee akan Beroperasi di Johor Bahru Mulai Hari ini

Ode Jee akan Beroperasi di Johor Bahru Mulai Hari ini

Johor Bahru, MTN – Pengendali aplikasi penghantar makanan halal pertama di Malaysia, Ode Jee akan memulakan operasi di Bandaraya Johor Bahru dan kawasan sekitarnya bermula hari ini.

Pengerusi Ode Jee, Datuk Seri Ismail Alwasi Khan berkata perkhidmatan berkenaan akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat dan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya di seluruh Johor menjelang akhir bulan ini.

Ketika ini orang ramai boleh membuat pesanan menerusi aplikasi Ode Jee yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Huawei Store.

“Pada masa ini, hanya pemilik telefon pintar yang menggunakan sistem Android dan Huawei sahaja boleh memuat turun aplikasi Ode Jee menerusi Google Play Store serta Huawei Store.

“Pengguna IOS pula boleh memuat turun aplikasi Ode Jee menerusi Apple Store tidak lama lagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, sehingga kini aplikasi Ode Jee mempunyai lebih 1,000 vendor yang menawarkan pelbagai pilihan makanan termasuk minuman halal dan lebih 200 penghantar makanan di Johor.

Beliau dalam pada itu turut memberi jaminan bahawa makanan dan minuman yang ditawarkan oleh Ode Jee adalah mesra Muslim, halal dan mematuhi hukum syarak.

[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply