PAS: PKR Dan Amanah Ibarat 'Anjing Dengan Bayang-Bayang' | Malaysia News

PAS: PKR dan Amanah Ibarat ‘Anjing dengan Bayang-Bayang’

Kuala Lumpur, MTN – PAS menganggap kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR dan Amanah mengenai parti itu akhir-akhir ini seumpama “anjing” yang “takutkan bayang-bayang”.

Justeru, kata Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, partinya mengambil sikap untuk membiarkan PH – yang dianggotai PKR serta Amanah – “terjun dengan labu-labunya”.

Bidalan digunakan Takiyuddin itu merujuk kepada diua kisah dongeng rakyat yang popular, Anjing Dengan Bayang-Bayang serta Si Luncai.

“Selama ini PAS tidak pernah terfikir – apatah lagi memohon – untuk menyertai PH, sebaliknya akan mengukuhkan lagi kerjasama politik dengan Umno/BN melalui Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya.

“Oleh itu, kenyataan penuh bimbang pimpinan PKR dan juga Amanah terhadap PAS akhir-akhir ini adalah ibarat anjing takut bayang-bayang, dan kami menyatakan: Biarkan PH terjun dengan labu-labunya, biarkan biarkan,” tambahnya.

Terdahulu beredar sekeping gambar menunjukkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, bersama Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan itu turut dihadiri isteri Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta seorang tokoh yang dekat dengan perdana menteri, Khairuddin Abu Hassan.

Facebook Comments